Urut Terapi
Segarkan kembali badan anda dengan urutan di QYRAIMAN SPA
Service Description
Urutan secara dasarnya meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh badan. Perjalanan darah yang tersekat menjadi punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan. Urutan membantu meningkatkan penyaluran oksigen dalam darah merah ke otak dan secara tidak langsung membantu badan menjadi sihat dan segar. Selain itu, urutan turut memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Jika dilihat pada wanita pula, urutan dikatakan dapat membantu melambatkan proses menopaus jika wanita itu mengamalkan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan. Mengurut juga dikatakan, baik untuk wanita yang mengalami rasa sakit senggugut disebabkan perjalanan darah haid tidak teratur atau datang bulan sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan.


Cancellation Policy
Untuk pembatalan tempahan, sila hubungi kami dalam masa 24 jam sebelum pembatalan ingin dibuat. Tiada sebarang kos dikenakan untuk pembatalan tempahan.
Contact Details
Qyraiman Spa, No 12B, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Malaysia