
kenali spa
kami
Qyraiman Spa telah ditubuhkan pada 10 Januari 2011. Pada awal penubuhan kami, kami adalah franchisee dari Spa Nu'della dan kami lebih dikenali sebagai Spa Nu'della Shah Alam.
Bermula pada tahun 2016, kami bukan lagi franchisee Nu'della dan mula bergerak secara sendiri. Tahun 2016 adalah tahun penjenamaan semula Spa kami. Kami masih mengekalkan penggunaan produk Nu'della dan dalam masa yang sama kami telah menambah satu lagi produk kecantikan iaitu Dr Murad.
Tujuan kami adalah untuk memberi lebih banyak pilihan kepada para pelanggan kami sama ada ingin menggunakan produk tempatan atau antarabangsa.
Motto syarikat “Kecantikan Anda Keutamaan Kami” dipilih kerana menjaga kecantikan adalah sifat semulajadi seorang wanita dimana ianya sentiasa menjadi tunjang kehidupan dalam diri setiap wanita dari pelbagai peringkat umur.
Oleh itu, kami akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkesan dan khidmat nasihat dalam bidang kecantikan bagi memastikan pelanggan kami akan sentiasa tampil cantik, sihat dan menawan.
Kami juga turut menawarkan harga pakej yang menarik kepada pelanggan kami. Setiap pelanggan boleh mendapatkan potongan harga yang menarik untuk pelbagai rawatan kami. Layari Facebook (FB) dan Instagram (IG) kami untuk mengetahui pelbagai promosi terbaru dari kami.
Spa dibuka dari jam 11 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali hari Isnin (cuti) dan terhad kepada golongan wanita sahaja. Kami mempunyai 5 tempat rawatan ( rawatan muka, badan, sauna, bertangas dan dandanan rambut) serta sebuah bilik jakuzi untuk para pelanggan kami.
Konsep yang diperkenalkan sedikit berbeza daripada pusat spa sedia ada kerana berkonsepkan kemelayuan bersesuaian dengan adat resam dan budaya Melayu di Negara ini. Tidak terhad itu sahaja, Spa kami turut menerapkan ciri-ciri keislaman dalam rawatan kecantikan. Ia antara lain bagi memenuhi keperluan dan hak pelanggan di Negara ini yang kebanyakan beragama Islam.